Pages

Sunday, May 6, 2012

SRI & PUTIH - KISAH LOVE AT FIRST SIGHT YANG SINGKAT

KISAH LOVE AT FIRST SIGHT YANG SINGKAT

Mula-mula, saya ingin ucapkan terima kasih pada rakan2 sekalian yang sudi meluangkan masa membaca entri2 saya yg tak berapa selalu dikemaskini pun…

Pada hujung minggu biasanya saya akan godam2 isi kandungan hardisk ntuk melihat kembali memori dahulu dalam folder pictures yang ntah beribu-ribu sudah gambar tersimpan dan tersusun rapi (puji diri ni, hihi, maaf2). 

Bila buka folder tahun 2011 bulan Januari, tertera satu gambar yang mengundang rasa gembira dan sedih sekaligus. Ia adalah memori Cinta Pandang Pertamaku bersama Si Putih yang malangnya tidak berkekalan sehingga ke hari ini…huhuk,titis air mata ni!

Ape cerita ni? Oke, kita ikuti kisah bergambar Sri dan SiPutih.

08hb Januari 2011
 
Si Putih : eh, kak! Amik la saya, adopt saya, pliz2, bayar sikit je untuk belanja SSPCA Kuching,
              Sarawak…meows
Sri       : oh, kucin putih ni comel sgt, lincah lg, pandai dia main,nape lain mcm je mata dia Bang?

Abang SSPCA : oh, ini kucin ala olang bagi sama sspca, manyak kucin talak dpt jaga, muka ini maciam kerana birth defect saja, no problem la, rm50 for vaksin cost and cat foods plus after 6month old can neuter at SSPCA for free, u mau?

Sri         : oho! Itu maciam! (dalam hati, cian miaw2 ni) oke, saya angkat satu, support SSPCA (nak tulung kucing terbuang…)

Si Putih sampai di rumah barunya, dah ada cage, mangkuk makan minum dan litter tray skali ada pasir.  

Mandi dulu, Si Putih bau, cirit-birit! Aiks, lepas ni kakSri bagi makan ayam rebusk. 
Yay, jalan jalan di rumah baru~
 
Cekeding sungguh rupanya, makan banyak oke!
Hencem!
 
10-15hb 2011

Si Putih mula tidak makan makanan yang kakSri bagi, kenapa? Berak cair lagi? Dah cuba bagi makan makanan Whiskas dalam pouch, campur ngan ayam rebus. Air pun dia tak sentuh.

Susu untuk anak kucing pun ada bagi guna syringe, tp oleh sebab kerja. Cuma dapat bagi pagi, petang dan malam je, huhuk, masih lagi berak cair, bancuh susu memang tak pekat, risau Si Putih ni tak cukup zat.


16hb Januari 2011

Tak tahan lihat Si Putih asyik berak cair dan tak makan banyak. Bawa pergi vet, vet cakap berak cair mungkin sebab cacing, pastu ubat doktor bagi antibiotik (sekali fungsi untuk diarhea), 2 syringe ubat cacing dalam bentuk liquid, dan vitamin untuk naikkan selera Si Putih.

Ubat cacing dan antibiotik paling Si Putih tak suka sebab pahit, buih2 je mulut cuba nak muntah kan balik, sayangku, kena makan ubat untuk baik k…


20hb Januari 2011
Kesihatan Si Putih masih tiada peningkatan, hari-hari balik kerja mesti jenguk Si Putih, bagi makan, suap susu n ubat skali tukar alas surat khabar dan tukar pasir yang byk tompokan buangan Si Putih yang cair. 

Kurus nye Si Putih, dulu bukan main lincah je minta orang adopt...huhuuuu T_T

Abang Aboi bagi kata semangat ke tu? TT_TT

 
22hb Januari 2011

Oke, Si Putih, mari makan ubat, eh, nape baring je? Bangun la, ni minum susu dan makan vitamin (ubat manis mesti dia tak melawan kuat2). 

Tengah suap sikit-sikit tiba-tiba Si Putih tersentak-sentak, urks! Keluar balik air susu dan vitamin. Sempat lg Si Putih mengiau lemah, sekali nafas lepas tu terus tak bergerak. Putih? Putih? Masih tak ada pergerakan. Air di mulut masih meleleh keluar. 

Nampaknya Allah lebih sayangkan Si Putih. 

Tiada perkataan yang dapat menggambarkan perasaan saya pada detik itu. Air mata bergenang lantas jatuh berderai ke atas lantai. p/s sekarang pun tidak dapat di tahan air mataku, habis basah pipi dan tangan tapi tetap nak taip sampai habis…(sapu tangan kat seluar jap)


Si Putih pergi untuk selamanya. Minta Daddy balut dan kuburkan esok harinya (tak tau kat mana)…

22hb Januari 2011

Mengemas barang tinggalan Si Putih...




Pesanan pada Si Putih

Betapa menyesalnya rasa ini kerana lambat membawa Putih terus ke Vet untuk rawatan, masa itu pengetahuan ku tentang penjagaan kucing sangat cetek, apatah lagi menjaga anak kucing yang diambil dari adoption centre. Bukannya ingin menyeksa Si Putih, tetapi sangat berharap Putih untuk dapat membesar dengan sihat, tetapi sudah terlambat untuk menyedari yang Putih sebenarnya tidak sihat. SAYANG KUAT PADA PUTIH

Dengan genapnya dua minggu bersama Si Putih, Tamat lah kisah Cintaku bersama Si Putih. (cerita tahun lepas ni tak ramai yang tahu, coz isu sensitip, kawan rapat pun tak pernah dgr kisah ini, sekadar ingin berkongsi salah satu pengalaman kepada anda semua...nak g amik tisu jap TT_TT)

Teladan untuk hari ini, jika dapati haiwan kesayangan anda ada sebarang tanda/simptom penyakit, jangan berasa ragu-ragu dan sila bawa pegi vet terus untuk dapatkan rawatan sebelum terlambat...

Sekian, sebarang komen dan pandangan amat dihargai.



















No comments:

Post a Comment