KISAH
LOVE AT FIRST SIGHT YANG SINGKAT
Mula-mula,
saya ingin ucapkan terima kasih pada rakan2 sekalian yang sudi meluangkan masa
membaca entri2 saya yg tak berapa selalu dikemaskini pun…
Pada
hujung minggu biasanya saya akan godam2 isi kandungan hardisk ntuk melihat
kembali memori dahulu dalam folder pictures yang ntah beribu-ribu sudah gambar tersimpan
dan tersusun rapi (puji diri ni, hihi, maaf2).
Bila
buka folder tahun 2011 bulan Januari, tertera satu gambar yang mengundang rasa
gembira dan sedih sekaligus. Ia adalah memori Cinta Pandang Pertamaku bersama
Si Putih yang malangnya tidak berkekalan sehingga ke hari ini…huhuk,titis air
mata ni!
Ape
cerita ni? Oke, kita ikuti kisah bergambar Sri dan SiPutih.
08hb Januari 2011
|
Si
Putih : eh, kak! Amik la saya, adopt saya, pliz2, bayar sikit je untuk belanja
SSPCA Kuching,
Sarawak…meows
|
Sri :
oh, kucin putih ni comel sgt, lincah lg, pandai dia main,nape lain mcm je mata
dia Bang?
Abang
SSPCA : oh, ini kucin ala olang bagi sama sspca, manyak kucin talak dpt jaga,
muka ini maciam kerana birth defect saja, no problem la, rm50 for vaksin cost
and cat foods plus after 6month old can neuter at SSPCA for free, u mau?
Sri :
oho! Itu maciam! (dalam hati, cian miaw2 ni) oke, saya angkat satu, support
SSPCA (nak tulung kucing terbuang…)
|
Si Putih sampai di rumah barunya, dah ada cage, mangkuk
makan minum dan litter tray skali ada pasir. | |
|
|
Mandi dulu, Si Putih bau,
cirit-birit! Aiks, lepas ni kakSri bagi makan ayam rebusk. | |
|
Yay, jalan jalan di rumah baru~ |
|
Cekeding sungguh rupanya, makan
banyak oke! |
|
Hencem! |
10-15hb
2011
Si
Putih mula tidak makan makanan yang kakSri bagi, kenapa? Berak cair lagi? Dah cuba
bagi makan makanan Whiskas dalam pouch, campur ngan ayam rebus. Air pun dia tak
sentuh.
Susu
untuk anak kucing pun ada bagi guna syringe, tp oleh sebab kerja. Cuma dapat
bagi pagi, petang dan malam je, huhuk, masih lagi berak cair, bancuh susu
memang tak pekat, risau Si Putih ni tak cukup zat.
16hb
Januari 2011
Tak
tahan lihat Si Putih asyik berak cair dan tak makan banyak. Bawa pergi vet, vet
cakap berak cair mungkin sebab cacing, pastu ubat doktor bagi antibiotik
(sekali fungsi untuk diarhea), 2 syringe ubat cacing dalam bentuk liquid, dan
vitamin untuk naikkan selera Si Putih.
Ubat
cacing dan antibiotik paling Si Putih tak suka sebab pahit, buih2 je mulut cuba
nak muntah kan balik, sayangku, kena makan ubat untuk baik k…
20hb
Januari 2011
Kesihatan
Si Putih masih tiada peningkatan, hari-hari balik kerja mesti jenguk Si Putih,
bagi makan, suap susu n ubat skali tukar alas surat khabar dan tukar pasir yang
byk tompokan buangan Si Putih yang cair.
|
Kurus nye Si Putih, dulu bukan main
lincah je minta orang adopt...huhuuuu T_T |
|
Abang Aboi bagi kata semangat ke tu? TT_TT |
22hb
Januari 2011
Oke,
Si Putih, mari makan ubat, eh, nape baring je? Bangun la, ni minum susu dan
makan vitamin (ubat manis mesti dia tak melawan kuat2).
Tengah suap sikit-sikit
tiba-tiba Si Putih tersentak-sentak, urks! Keluar balik air susu dan vitamin.
Sempat lg Si Putih mengiau lemah, sekali nafas lepas tu terus tak bergerak.
Putih? Putih? Masih tak ada pergerakan. Air di mulut masih meleleh keluar.
Nampaknya Allah lebih sayangkan Si Putih.
Tiada
perkataan yang dapat menggambarkan perasaan saya pada detik itu. Air mata
bergenang lantas jatuh berderai ke atas lantai. p/s sekarang pun tidak dapat di
tahan air mataku, habis basah pipi dan tangan tapi tetap nak taip sampai habis…(sapu
tangan kat seluar jap)
Si
Putih pergi untuk selamanya. Minta Daddy balut dan kuburkan esok harinya (tak
tau kat mana)…
22hb
Januari 2011
Mengemas
barang tinggalan Si Putih...
Pesanan
pada Si Putih
Betapa menyesalnya rasa ini kerana lambat membawa Putih terus ke Vet untuk rawatan, masa itu
pengetahuan ku tentang penjagaan kucing sangat cetek, apatah lagi menjaga anak
kucing yang diambil dari adoption centre. Bukannya ingin menyeksa Si Putih,
tetapi sangat berharap Putih untuk dapat membesar dengan sihat, tetapi sudah terlambat untuk menyedari yang Putih sebenarnya tidak sihat. SAYANG KUAT PADA PUTIH
Dengan
genapnya dua minggu bersama Si Putih, Tamat lah kisah Cintaku bersama Si Putih.
(cerita tahun lepas ni tak ramai yang tahu, coz isu sensitip, kawan rapat pun tak pernah dgr kisah ini, sekadar ingin berkongsi salah satu pengalaman kepada anda semua...nak g amik tisu jap TT_TT)
Teladan untuk hari ini, jika dapati haiwan kesayangan anda ada sebarang tanda/simptom penyakit, jangan berasa ragu-ragu dan sila bawa pegi vet terus untuk dapatkan rawatan sebelum terlambat...
Sekian, sebarang komen dan pandangan amat dihargai.