Pages

Monday, February 7, 2011

A Theme Park in Kuching, Sarawak

Ye ke? ada theme park di Kuching? Ya, ada iaitu Sinar Serapi Eco Theme Park bertempat di Jalan Matang, Kuching, Sarawak. Perjalanan dari bandar Kuching kurang dari 30 minit degan menaiki kereta. 

Cuti public holiday hari tu berjaya pergi ke so-called theme park ni. Ada beberapa gambar untuk preview bagi sesiapa yang mencari-cari tempat best di Kuching ni. 
 
Entrance nampak satu banner. Fi masuk untuk dewasa = rm10. Yang best nya, rm10 tu akan diberi satu kupon nilai rm 10 gak. Kupon ni boleh digunakan dalam theme park nanti, cth-masuk children water park rm10 per wholeday entry gunakan kupon tadi.
  
View tasik buatan untuk aktiviti air, background siap ada gunung lagi.

 Byk gak aktiviti leh buat di sini seperti diner, family day, team building dan sebagainya...    
  
Stage dimana live band waktu malam buat persembahan sementara menikmati buffet steamboat. Dewasa = rm20, kanak-kanak = rm10.
Ni lah water park untuk budak2 n mak budak (yg bawa toddler n teman diorang main air). Best tengok, jeles pun ada gak bla tgk budak kecik syok buat2 terapung oleh aliran air buatan ni.
 Boleh pilih nak bawa bot pelampung atau kayak. Sejam rm20, 2 jam rm30. Sesapa nak berlumba kayak satu tasik ni boleh la datang lepas geram. Jangan risau kalau tak tau bawa kayak, kayuh2 je ikut suka hati. Dah buat cam tu dah, puas hati tau!

Coz ada jaket keselamatan wajib di pakai. Ada lifeguard kat tepi dan yang penting kedalaman tasik rekreasi ni cuma 4 kaki jer. Kalau nak buat2 jatuh lam tasik leh gak, alang2 berkayak sambil mandi air tasik.
Nampak cam best! Memang best untuk sesiapa yang suka dengan alam semulajadi n aktiviti rekreasi air. Ada rumah ekslusif untuk di sewa dgn harga promosi rm550 perhouse per night dgn 7pax breakfast.

Bagi sesiapa nak tau lebih lanjut tentang Sinar Serapi Eco Theme Park ni boleh dapatkan info dari  SinarSerapi.comMyKuching.com atau dari entri blog ni Sinar Serapi Eco Theme Park Dah Siap!
Tapi, untuk pengetahuan, Sinar Serapi Eco Theme Park yang baru siap ni adalah permulaan projek yang besar - Sinar Serapi Resort Homes dimana ada villa dan hotel dikelilingi air n water theme park untuk dewasa jugak. Tak sabar nak tggu siap!

1 comment:

  1. JIKA ANDA BUTUH ANGKA GHOIB/JITU 2D.3D.4D YG DI JAMIN TEMBUS 100% DI PUTARANG SGP/HKG SILAHKAN SAJA ANDA TLP KY JAYA DI NOMOR 085-342-064-735 TRIMAH KASIH

    ReplyDelete